assalamualaikum............
banyak kali kita mendengar tentang pihak orentalis yang mempersoalkan kesucian islam, tentang kemunasabahan hukumnya. salah satu daripadanya ialah tentang penutupan aurat dalam kalangan musimah.
ramai yang kononnya memperjuangkan hak wanita mendakwa kewajipan menutup aurat menyekat kebebasan wanita, menghalang wanita daripada mengekspresikan diri mereka sepenuhnya...benarkah?????
sudah tentu tidak!!!!! penutupan aurat sebenarnya adalah untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita. pakaian yang tidak menutup aurat , menjolok mata, serta menampakkan bayangan keindahan tubuh wanita, tidak dinafikan lagi merupakan faktor utama kejadian jenayah yang dilakukan oleh lelaki terhadap wanita. sudah menjadi fitrah lelaki tertarik kepada tubuh wanita. jadi adalah menjadi tanggungjawab wanita itu sendiri untuk melindungi diri mereka sendiri.
mari kita lihat contoh ini..terdapat sebuah gerai yang menjual jam di tepi jalan. terdapat banyak jam tangan yang boleh tahan cantiknya tetapi kualitinya rendah. maka datanglah seorang lelaki.. lelaki itu mengambil sebuah jam, membelek-belek, menekan-nekan butang dan mencuba jam tersebut. kemudian dia meletakkan kembali jam tersebut. kemudian dia mengambil semula jam tangan yang lain dan melakukan perkara yang sama. akhirnya lelaki tersebut beredar tanpa membuat sebarang pembelian.
selepas itu lelaki tersebut mengunjungi sebuah kedai jam tangan mewah. semua jam tangan di situ dipamerkan dalam almari yang tertutup dan terkunci. lelaki tersebut mengagumi jam tangan yang dipamerkan tetapi dia tidak boleh menyentuhnya. tangannya dimasukkan semula ke dalam kocek seluarnya kerana takut mengotori kaca almari tersebut. melihat harganya yang mahal. lelaki tersebut pulang dengan harapan bahawa suatu hari nanti dia akan memiliki sebuah jam tangan seperti itu.......
disini dapat kita lihat bahawa jam yang tidak bertutup itu boleh disentuh,dibelek-belek dan dicuba semahunya bahkan nilainya dimata masyarakat sangat rendah. manakala jam yang mahal itu dipandang mulia dan tidak berani disentuh dan orang yang mahu memilikinya perlu berusaha keras sebelum mampu serta layak memilikinya.
jadi, masihkah kita merasakan bahawa menutup aurat itu sesuatu yang menyusahkan??????
adakah kebebasan yang tidak seberapa itu lebih penting daripada maruah dan harga diri?????
jam yang manakah menggambarkan saudari semua???????????????

No comments:
Post a Comment