pertama sekali aku mahu mengucapkan selamat hari ibu buat emak aku yang tersayang iaitu Hajah Halimah binti Isa..semoga mak sihat sentiasa dan dipanjangkan umur..mak seorang yang tabah dalam menjaga dan mendidik anak-anak yang banyak kerenahnya ini..semua jiran mengiktiraf mak ialah seorang ibu mithali..mak memang seorang ibu mithali..mak telah melahirkan 11 orang anak dan membesarkan 10 orang anak..1 org di bawah jagaan arwah mak saudaraku..mak telah menceritakan di saat hendak melepaskan seorg anak iaitu abang aku sewaktu dia kecil amat perit namun terpaksa digagahkan jua kerana itulah takdir..mak aku pasrah dan anggap itu semua ada hikmah terhadap setiap apa yang terjadi..selepas kejadian itu makku dikurniakan 6 orang anak lagi..begitulah Maha Agung ALLAH s.w.t yg menjadikan sesuatu itu ada hikmahnya dan hendak menguji kesabaran hambaNYA..sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar..
inilah ratu hatiku...
mak..dengan kesempatan ini saye mahu mintak maaf di atas semua kesalahan yang telah saye lakukan..saye tahu saye banyak buat salah..saye tahu saye banyak buat mak rasa hati..saye mintak ampun dan maaf..saye sayangkan mak..saye janji akan jge mak sampai akhir hayat..saye tahu kasih ibu sampai ke syurga.. maklah ratu hati saye..biarlah orang nak kata aku anak mak k ape k..mmg betul pun aku anak mak..anak mak kerana maklah yang melahirkan aku..
Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
aku sayang mak aku...korang pun sama an???
mak aku cakap dia rindukan mekah..dia mahu pergi sana lagi..mak..saye akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bawa mak pergi lagi..saye akan tunaikan impian mak tu dengan hasil duit saye sendiri..saye janji mak!!
mari kita tengok jasa dan pengorbanan ibu kita..
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
tetapi kita...
1) Tolong pergi kedai : RM5.00
2) Tolong jaga adik : RM6.00
3) Tolong buang sampah : RM2.00
4) Tolong kemas bilik : RM5.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM5.00
Jumlah : RM28.00
kos tolong upah membantu ibu..tidak malukah kita??? ibu tidak pernah meminta upah dan kalau nak diikutkan jumlah semua yang telah dilakukan itu mencecah puluhan.ratusan,jutaan ribu..tetapi demi kasih sayang ibu kita tidak kisah semua itu..asalkan kita dapat membesar menjadi seorang yang berguna..
dan berapa ramai pulak yg sanggup buat benda ini???
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....
renung-renungkanlah!!!!
sekarang mari kita tengok plak ape kenyataan mufti tentang sambutan hari ibu nie..
disini aku ingin memberi sedikit pandangan..Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.
bukan pada hari ibu saja patut menyambut or mengingati ibu kita..tetapi setiap hari..setiap hari ialah hari ibu..bukan pada masa dan hari tertentu saja..kita patut menghargai,menyanjungi semua pengorbanan ibu kita..kerana kita tidak mampu untuk membalasnya balik..katakanlah pada ibu kita yang 'saya sayang mak" saya sayang ummi' saya sayang ibu' 'saya sayang ma' 'saya sayang mama' ' i love mom' 'i love my mother' ' i love my mummy' and what ever you call your mother..peluk dan ciumlah mereka sementara masa masih ada..
mak kata kalau nak cari pasangan tu biarlah yang boleh menjaga saye selamanya..mak..saye dah jumpa orangnya..terima kasih mak kerana merestui perhubungan itu..
Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi aku sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.
aku mohon kepada semua anak-anak sekalian..ingatlah ibu bapa korang setiap kali selesai solat..

Bismillah hirrahman nirrahim
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”
"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”
"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."
i love my mother!!!!
wallahua'lam..


No comments:
Post a Comment