Monday, May 23, 2011

dalam perjalanan ke kolej

assalamualaikum

uuhhhh...mengantuknya rasa..hari ini aku telah buat beberapa kerja yang boleh dianggap gila oleh golongan professional..haha..aku buat kerja last minit agi..gila dibuatnya..nie pun aku berblog lam kereta menuju ke kolej aku..haha..saja ambik pengalaman berblog lam kereta..naik pening aku nak menaip nie..huhu

 lam kereta nie mak ayah aku sempat berceramah kat aku..tagline ayah aku '' biar jadi orang cerdik yang baik bukan jadi orang cerdik yang jahat''..tagline mak aku pula ''jaga solat agar kita jadi orang baik''..banyak sangat aku kena ceramah nge mak ayah aku nie..baru aku bersemangat nak balik semula..

yeah...

oklah aku dah pening nie...nak tidur pulak..tata






kerja last minute..

                               assalamualaikum..

     Malam nie aku rasa sangat serabut sbb aku buat kerja last minute..korang nak taw tak kerja ape??? basuh pinggan..huhu..tak la..kemaskan barang-barang tuk di bawah ke kolej esok..naik gila aku dibuatnya..baru saat ini aku nak berkemas..sekarang pukul 1.22 a.m..esk pagi aku nak bertolak dah..dah la banyak barang nie..cam first time masuk kolej la katakan..lam keserabutan aku tu molek ada je aku post benda nie..tu sbb aku nk hilangkan keserabutan aku tu..huhu

aku rasa esok baik aku sumbat je barang-barang nie lam bonet kereta..tak payah nak susah-susah aku kemaskan..tu kalu ikutkan hati ar..orang kata kalu ikut hati mati..ikut rasa binasa..ikut nafsu lesu..

em..habis ar aku esok..dah la esok dah nak daftar..mesti semua org lain dah masuk tidur...aku je yang x tidur-tidur lagi..dah la banyak agi keje yang perlu dibereskan tu..huhu..pening-pening..

apa-apa pun aku seorang yang cool..lam keadaan gini aku buat selamber je cam takde pape masalah..haha..lam hati hanya tuhan yang tahu..huhu..aku an lelaki..mana boleh tunjuk emosi aku nanti orang kata aku cam perempuan plak..haha

huh! kuat aku mengarut nie..takde sesipa ke boleh tolong aku nie..rasa cam nak pengsan dah..dah la pkul 10.30 p.m tadi aku baru je balik dari gym taman..letih bukan main kira..letih sangat taw..kalu diikutkan hati aku dah lama tidur tapi bila difikirkan kerja-kerja yang belum selesai tu aku terus je tak jadi tidur walaupun mata nie merenget nak ditutupkan..huhu..

em..okla..aku nak sambung buat kerja balik..esok dah nak balik dah..yahoo..tapi an aku rasa cam tak best plak sbb kena orientasi lagi..huhu..tapi takpela..redha jela..oklah..tata!

assalamualaikum..

Sunday, May 22, 2011

teruskan perjuangan menuntut ilmu

 assalamualaikum...

yeah..esk aku akan kembali ke kolej lagi..kolej matrikulasi pahang ..sudah sekian lama aku bercuti akhirnya hari untuk aku menjejakkn kaki semula ke kolej sudah hampir...di saat ini perasaan aku bercampur gembira,gelisah,takut,berdebar dan macam-macam lagi..sekarang aku belum bersedia lagi untuk belajar semula..otak aku macam dah beku je bila lama spent time kt rumah nie..huhu..apa yang aku tidak boleh bla ialah buat kali kedua aku akan kena orientasi di tempat yang sama..tidak ke pelik tu??? huhu..nanti kena lanyak dgn para fesi tu lagi..naik bosan aku..huh!

   apapun aku perlu tabah menghadapinya..em..aku ada azam baru nie..
banyak yang aku nak ubah tentang diriku nie..tak nak lagi aku jadi seperti seorang budak yang hanya tahu meminta simpati..aku nak berubah..
 azam aku ialah ''nak jadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat..
mesti seimbang dunia dan akhirat''..

tagline aku cm biasa..
''gred A sudah berada dihadapan anda..gengamlah ia jangan biarkan ia berlalu dipandang sepi''

yeah..

cabaran aku tuk sem kali nie amat susah juga la..aku kne habiskan semua silibus lam mse 1 tahun..fuh..pening-pening..tapi takpe aku tidak akan sesekali berputus asa..aku nak ucapkan terima kasih kat kawanku yang telah memberikan sedikit sebanyak nota-nota kuliah nie..boleh la aku buat rujukan sikit sebelum masuk kuliah..

bak kata pensyarah aku.."blajarlah sebelum masuk kuliah anda akan lebih faham"

yeah..

sekarang nie aku belum ada semangat..dah la esok dah nak balik..fuh..rasa cam nak cuti 3 bula agi je..rasa cam sekejap je..dah la aku makan tidur makan tidur..berat badan dah naik 5 kilo..huhu..tapi takpe..duk kat kolej nanti  hilang semula berat badan aku..huhu..

camnelah aku nak jaga badan kat sana..makanan pun tidak ada zat..naik lesu aku dibuatnya..baik puasa je selama 2 sem..agaknya kalu cam 2 aku dah jadi zombie plak an..haha..apa-apa pun aku kena ambik multi vitamin..bagus tuk kesihatan..aku kena jaga kesihatan aku..tak nak la jadi cam dulu..sekali sehari je makan..tidak ada mood aku nak belajar..aku akan mengamalkan diet sehat agar badan aku stabil cam dulu..baru boleh buat backflip dengan mudah..hehe..

aku rasa cam nie last benda yang aku post coz lepas nie aku siduk..sibuk nge orientasi agi..aku rasa tidak sempat nak buka laptop kalu kena orientasi nie..nak makan pun tidak sempat niekan pula nak berinternet..tu x campur line buat gila agi..huhu..arinie jela aku free..tu pun tidak free mana..sibuk nak kemas barang..aku dah ler malas nak kemas barang..di saat akhir cam nie baru nak kemas..kalu ayah aku taw mesti ye bleber ag..huhu..tadi ayah aku tepon marah-marah sebab aku tidak kemas pape agi..huhu..

nie la jadual tuk program yang akan aku masuk..


PROGRAM SATU TAHUN (PST)

SEMESTER I  
AKTIVITI Bilangan Minggu Tarikh
Pendaftaran 1 minggu 23/05/11 - 29/05/11
Kuliah 9 minggu 30/05/11 - 31/07/11
Ujian Pertengahan Semester 1 minggu 01/08/11 - 07/08/11
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu 08/08/11 - 14/08/11
Kuliah 9 minggu 15/08/11 - 16/10/11
Minggu Ulangkaji 1 minggu 17/10/ 11 - 23/10/11
Peperiksaan Akhir 2 minggu 24/10/11 - 06/11/11
Cuti Akhir Semester 2 minggu 07/11/11 - 20/11/11

SEMESTER II
  AKTIVITI Bilangan Minggu Tarikh
Kuliah 9 minggu 21/11/11 - 22/01/12
Ujian Pertengahan Semester 1 minggu 23/01/12 - 29/01/12
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu 30/01/12 - 05/02/12
Kuliah 9 minggu 06/02/12 - 08/04/12
Minggu Ulangkaji 1 minggu 09/04/12 - 15/04/12
Peperiksaan Akhir 2 minggu 16/04/12 - 29/04/12
TAMAT PROGRAM  
Tarikh Penting: Ujian MUET Akhir Tahun
i) Speaking:  11, 12, 13, 18, 19, 20 Oktober 2011
ii) Listening, Reading and Writing: 12 November 2011


padat tol la jadual ye..adakah aku akan stress?? huhu..naik gila aku dibuatnya..rasa cam nak terus diulit mimpi je..haha

em..aku rasa aku boleh hadapinya..
tagline aku satu agi.."memang payah tapi takkan nak susahkannya??''
jadi walaucamne susah sekali pun aku akan tetap belajar..aku akan guna kaedah study smart..tak nak la study hard sangat nanti aku jadi stress gila..aku dah la jenis yang suka stdy last minute tapi tuk pst nie takleh ar camtu..aku kena berudah..kena selalu jumpa pensyarah-pensyarah,selalu ke library..aku nak jadi ulat buku..skema ar cket..apa salahnya jadi skema an..bukan pakai seluar kat dada pun..


dah banyak aku mengarut nie..huhu..oklah..apa-apapun i will do my best..good luck to all of you..pray to me yep..4FLAT!!! insyaALLAH..success again!!


assalamualaikum..

Thursday, May 12, 2011

selamat hari ibu

                                          assalamualaikum..


pertama sekali aku mahu mengucapkan selamat hari ibu buat emak aku yang tersayang iaitu Hajah Halimah binti Isa..semoga mak sihat sentiasa dan dipanjangkan umur..mak seorang yang tabah dalam menjaga dan mendidik anak-anak yang banyak kerenahnya ini..semua jiran mengiktiraf mak ialah seorang ibu mithali..mak memang seorang ibu mithali..mak telah melahirkan 11 orang anak dan membesarkan 10 orang anak..1 org di bawah jagaan arwah mak saudaraku..mak telah menceritakan di saat hendak melepaskan seorg anak iaitu abang aku sewaktu dia kecil amat perit namun terpaksa digagahkan jua kerana itulah takdir..mak aku pasrah dan anggap itu semua ada hikmah terhadap setiap apa yang terjadi..selepas kejadian itu makku dikurniakan 6 orang anak lagi..begitulah Maha Agung ALLAH s.w.t yg menjadikan sesuatu itu ada hikmahnya dan hendak menguji kesabaran hambaNYA..sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar..


                                        inilah ratu hatiku...


             
mak..dengan kesempatan ini saye mahu mintak maaf di atas semua kesalahan yang telah saye lakukan..saye tahu saye banyak buat salah..saye tahu saye banyak buat mak rasa hati..saye mintak ampun dan maaf..saye sayangkan mak..saye janji akan jge mak sampai akhir hayat..saye tahu kasih ibu sampai ke syurga..   maklah ratu hati saye..biarlah orang nak kata aku anak mak k ape k..mmg betul pun aku anak mak..anak mak kerana maklah yang melahirkan aku..  
          
Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak

 aku sayang mak aku...korang pun sama an???
mak aku cakap dia rindukan mekah..dia mahu pergi sana lagi..mak..saye akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bawa mak pergi lagi..saye akan tunaikan impian mak tu dengan hasil duit saye sendiri..saye janji mak!!


mari kita tengok jasa dan pengorbanan ibu kita..
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

tetapi kita...

1) Tolong pergi kedai : RM5.00
2) Tolong jaga adik : RM6.00
3) Tolong buang sampah : RM2.00
4) Tolong kemas bilik : RM5.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM5.00
Jumlah : RM28.00
kos tolong upah membantu ibu..tidak malukah kita??? ibu tidak pernah meminta upah dan kalau nak diikutkan jumlah semua yang telah dilakukan itu mencecah puluhan.ratusan,jutaan ribu..tetapi demi kasih sayang ibu kita tidak kisah semua itu..asalkan kita dapat membesar menjadi seorang yang berguna..

dan berapa ramai pulak yg sanggup buat benda ini???

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....

 sanggupkah kita??? kepada sesiapa yang tidak sanggup tu..muhasabahlah diri..kita juga nanti akan jadi seorang ayah dan ibu..jika kita tidak sanggup buat nie kat mak bapak kita nanti anak-anak kita bahkan cucu-cucu kita pun tidak sanggup melakukannya untuk kita...

renung-renungkanlah!!!!

sekarang mari kita tengok plak ape kenyataan mufti tentang sambutan hari ibu nie..

Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.
disini aku ingin memberi sedikit pandangan..
bukan pada hari ibu saja patut menyambut or mengingati ibu kita..tetapi setiap hari..setiap hari ialah hari ibu..bukan pada masa dan hari tertentu saja..kita patut menghargai,menyanjungi semua pengorbanan ibu kita..kerana kita tidak mampu untuk membalasnya balik..katakanlah pada ibu kita yang 'saya sayang mak" saya sayang ummi' saya sayang ibu' 'saya sayang ma' 'saya sayang mama' ' i love mom' 'i love my mother' ' i love my mummy' and what ever you call your mother..peluk dan ciumlah mereka sementara masa masih ada..

mak kata kalau nak cari pasangan tu biarlah yang boleh menjaga saye selamanya..mak..saye dah jumpa orangnya..terima kasih mak kerana merestui perhubungan itu..

Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi aku sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.

aku mohon kepada semua anak-anak sekalian..ingatlah ibu bapa korang setiap kali selesai solat..
Bismillah hirrahman nirrahim
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"


"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."
i love my mother!!!!
wallahua'lam..