Sunday, May 13, 2012

parkour

assalamualaikum

apa khabar semua??
huh lme benar tak post mende ni

kali ni aku nak post pasal parkour plak
parkour ni kalu dalam bahasa melayu dipanggil seni pergerakan badan
ye..seni pergerakan badan..merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari tempat A kepada tempat B dengan secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia.

Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran — dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. 

Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse.



ini video aku nge geng2 aku maen parkour kt kolej.


world best parkour



best doe maen parkour ni..sng je nk bergerak ke sana ke mari..xpayah skema2.hehe

Sunday, November 13, 2011

ingin menambahkan berat badan?

salam
anda terlalu kurus??? 
ingin menambahkan berat badan??
di sini ada beberapa petua tuk tambahkan berat badan

1.Kalu nak tambahkan berat badan korang mesti mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protein dan garam galian
-korang gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian ambil roti

(pelbagai jenis roti korang boleh makan..tidak kesah jenisnya)

2.Korang jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.
(pada waktu malam ni jangan makan makanan berat)

 
3.Makan secara kerap..jika korang tidak mempunyai selera makan, korang boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari..
-ambil hidangan yang sihat..amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.
(korang boleh mencuba appeton weight gain atau produk-produk lain yang menambahkan selera makan seperti budu atau jamu)

 
4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi
-minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak..hindari makanan yang mengandungi banyak lemak dan berkolestrol
(jangan ambil makanan yang terlalu banyak lemak dan kolestrol nanti menyebabkan darah tersumbat)

 
5.Melakukan sedikit senaman 

-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan 
( korang boleh tengok latihan tuk dapatkan bentuk badan ideal  pada post aku yang lepas)

6.Selepas selesai senaman, boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
-ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat..ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu korang melakukan senaman.
(sebaiknya jangan lupa amalkan minum susu)

 
7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia 

-lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan
(kurangkan gula dan makanan berminyak)

 
8.Sokongan makanan tambahan
-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil

(korang juga boleh mengambil vitamin c)

terus amalkan setiap hari
jadikan amalan seharian
selamat mencuba!!



Ayat Jiwang

salam..
adakah anda sedang bercouple atau sedang mencari teman wanita??
kalu ya adakah anda pernah memikat pasangan anda dengan menggunakan ayat-ayat jiwang atau ayat-ayat romantis??
tak pernah??
ouh..korang silap..korang kena pandai berjiwang karat ni
sebab kajian mendapati wanita suka dibelai dengan  ayat-ayat jiwang ni

disini aku ada beberapa ayat jiwang yang korang boleh ucapkan kat pasangan korang..si dia tentu suka dan makin jatuh cinta dan sayang kat korang..


1. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku..

2. Kalau cinta ibarat penyakit,aku tak nak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

3. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja..Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

4. Aku terasa sesuatu dihatiku..ianya seperti bara yg kecil..Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

5. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..

6. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu..Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain..

7. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit..bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.
Ini adalah cinta tanpa syarat
Aku begitu menyintaimu..

8. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

9. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu

10. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

11. Cintaku bukan ibarat kertas=.
Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu..

12. Jika mencintaimu satu kesalahan..biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu

13.Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu...Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

14. Aku tak dapat hidup tanpamu
kerana kaulah nyawaku

15. Jika cinta itu dicukai..aku lah pembayar cukai paling tinggi!

16. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.

17. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
     Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
     Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
     Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

18. Disuatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yg lebih   penting....-D...Dirimu atau nyawaku...dan aku menjawab nyawaku lebih penting....@dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan...Sad...tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.....sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini...tiada orng lain dalam hidupku dan tiada sesiapa lagi hanya kau seorng sahaja dalam hatiku..

korang pun kena tahu beberapa perkara ni..

  1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
  2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
  3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  4. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  5. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
  6. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  7. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  9. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  10. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  11. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
semoga korang bahagia dengan pasangan korang..
jangan biarkan sesuatu hubungan hambar tanpa ayat-ayat jiwang..
kepada yang belum pandai berjiwang atau hati keras belajarlah dari sekarang..tQ

Saturday, November 12, 2011

latihan dapatkan bentuk badan ideal

salam
sekarang aku tunjuk beberapa latihan yang korang
patut buat untuk dapatkan bentuk badan ideal..
latihan ini aku ambil daripada asas panas badan bagi silat
bagus untuk badan kita..
korang tidak perlu ke gym pun..
jom tengok apa latihannya..

  1. pertama sekali korang mesti la streching dulu..disini ada beberapa gambar macam mana nak streching.




 2. selepas korang sudah streching korang kena jogging pula

ambillah masa antara 15 hingga 20 minit

3. seterusnya korang buat push up..
buat 3 set..ulang sebanyak 15 untuk satu set.

4. pull up..buat 3 set..ulang 10 kali untuk setiap set





5. seterusnya sit up.. buat 3 set..setiap set ulang 15 kali..


6. last sekali kick the punch bag..


cubalah latihan ni sambil ambil pemakanan yang secukupnya.
buat latihan ni 6 kali seminggu..bermakna 1 hari untuk rehat..
otot perlukan rehat jugak beb.
exercise ni tidak mengira umur.
maknanya korang bawah umur pun boleh buat..
ni exercise yang simple tapi badan korang akan jadi menarik
tak la sampai jadi cam sazali samad or malek nor..
tapi sekurang-kurangnya cmni


ok dah kan??
selamat mencuba!!
tQ




Friday, November 11, 2011

Dapatkan bentuk badan ideal

salam
sekarang ni aku nak bagitau cmne 
nak dapatkan bentuk badan idea ni..
senang je.
terbahagi kepada dua bahagian
iaitu dari segi pemakanan dan latihan
em..mula-mula ni aku bagitau 
pasal pemakanan dulu la ye.

ada banyak tips nak jaga pemakanan ni..antaranya:
  1. korang kena ubah cara dan masa makan..biasakan makan sarapan pagi..sarapan pagi tidaklah terlalu berat..bagi yang kurus kering hendaklah ambil makanan sebanyak enam kali sehari..3 makanan berat dan 3 makanan ringan(bukan makanan ringan yang korang beli kat kedai berharga 20 sen tu tapi kuih la dan air seperti air milo k susu k tea k)..
  2. tubuh kita memerlukan 40 nutrien, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.
  3. ambil buah buahan dan sayur sayuran secukupnya
  4. minum air 7 gelas sehari
  5. kurangkan makan makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi
  6. kurangkan makan makanan yang berminyak(bergoreng),berlemak dan berkolestrol
  7. kurangkan minuman manis dan bergas
  8.  elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, dan bahan pewarna
  9. amalkan minum jus buah atau makan buah buahan seperti kurma,betik,pisang dan lain-lain pada awal pagi

itulah sedikit sebanyak tips2 pemakanan



bentuk badan ideal

salam 
kali ni aku nak post pasal bentuk badan ideal..
adakah korang mempunyai bentuk badan ideal???
adakah badan korang cmnie??
kalu cmnie kira hebat la
tapi untuk badan yang ideal tidak perlu cmnie pun..
kalu nak tau badan korang ideal ke tidak cuba kira dulu BMI korang..

Status berat seseorang boleh ditentukan dengan menggunakan pengukuran Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index) ataupun BMI. Cara pengiraan BMI :

 

BMI    =                          Berat (kg)
                            ______________________

                              Tinggi (m) x Tinggi (m)





Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI : 

Kurang berat :  BMI kurang dari 20

Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9

Berat badan berlebihan  : BMI melebihi 25.0

Pra-obes :  BMI 25.0 hingga 29.9

Obes Kelas 1 :  BMI 30.0 hingga 34.9

Obes Kelas 2 : BMI  35.0 hingga 39.9

Obes Kelas 3 : BMI melebihi 40.0


Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika korang:

1. Berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
2. Mengandung atau menyusukan anak
3. Seorang ahli sukan yang aktif

dah kira ke??
kalu korang mempunyai bentuk badan yang idea baguslah
kalu tidak dapatkan tips2 cmne nak dapatkan bentuk badan yang idea dan cmne nak jadi body builder di post2 aku yang seterusnya..tQ


Friday, October 7, 2011

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsa

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri
31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti
35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)