Sunday, November 13, 2011

ingin menambahkan berat badan?

salam
anda terlalu kurus??? 
ingin menambahkan berat badan??
di sini ada beberapa petua tuk tambahkan berat badan

1.Kalu nak tambahkan berat badan korang mesti mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protein dan garam galian
-korang gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian ambil roti

(pelbagai jenis roti korang boleh makan..tidak kesah jenisnya)

2.Korang jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.
(pada waktu malam ni jangan makan makanan berat)

 
3.Makan secara kerap..jika korang tidak mempunyai selera makan, korang boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari..
-ambil hidangan yang sihat..amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.
(korang boleh mencuba appeton weight gain atau produk-produk lain yang menambahkan selera makan seperti budu atau jamu)

 
4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi
-minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak..hindari makanan yang mengandungi banyak lemak dan berkolestrol
(jangan ambil makanan yang terlalu banyak lemak dan kolestrol nanti menyebabkan darah tersumbat)

 
5.Melakukan sedikit senaman 

-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan 
( korang boleh tengok latihan tuk dapatkan bentuk badan ideal  pada post aku yang lepas)

6.Selepas selesai senaman, boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
-ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat..ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu korang melakukan senaman.
(sebaiknya jangan lupa amalkan minum susu)

 
7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia 

-lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan
(kurangkan gula dan makanan berminyak)

 
8.Sokongan makanan tambahan
-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil

(korang juga boleh mengambil vitamin c)

terus amalkan setiap hari
jadikan amalan seharian
selamat mencuba!!



No comments:

Post a Comment